wibiya widget

Total Pageviews

Selamat datang ke starplateena.blogspot.com

Ini adalah sebuah blog kepunyaan plateena711@gmail.com. Blog ini dibangunkan dengan tujuan mempromosikan hasil kerja saya sebagai web developer dan web designer. Bagaimanapun di dalam blog ini juga diselitkan dengan post yang bukan berkenaan web developement contohnya jenaka dan movie. Blog ini masih lagi baru setahun gajah. Dibangunkan pada akhir Disember 2011.

Pengelola blog ini mahu membuat kerja freelance sebagai web developer. Kalau nak mintak design blogspot atau wordpress pon boleh. Nak tahu lebih lanjut boleh lihat di bahagian about. Nak tahu lebih lanjut lagi boleh email pada saya. Saya harap anda bergembira melayari blog ini.

Satu lagi saya akan meletakkan beberapa template untuk anda.

Sekian.

Hadith Hari Ini: Jangan Mendedahkan Aib Orang Lain



Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”. 
Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim


Huraian Hadith: 

Setiap orang Islam adalah bersaudara antara satu dengan yang lain.

Setiap orang Islam berkewajipan menolong saudara seagamanya yang ditimpa kesusahan.

Seorang Islam tidak boleh mendedahkan keburukan saudaranya kepada orang lain bahkan dia wajib merahsiakannya.

Islam ialah agama yang mengutamakan persaudaraan, tolong-menolong dan lindung-melindungi daripada kemungkaran.

Islam memelihara hak masyarakat dan menyeru umatnya merealisasikan jaminan sosial dalam semua bentuk kehidupan bermasyarakat sama ada kebendaan atau rohani.

0 comments:

Comments with facebook.