wibiya widget

Total Pageviews

Selamat datang ke starplateena.blogspot.com

Ini adalah sebuah blog kepunyaan plateena711@gmail.com. Blog ini dibangunkan dengan tujuan mempromosikan hasil kerja saya sebagai web developer dan web designer. Bagaimanapun di dalam blog ini juga diselitkan dengan post yang bukan berkenaan web developement contohnya jenaka dan movie. Blog ini masih lagi baru setahun gajah. Dibangunkan pada akhir Disember 2011.

Pengelola blog ini mahu membuat kerja freelance sebagai web developer. Kalau nak mintak design blogspot atau wordpress pon boleh. Nak tahu lebih lanjut boleh lihat di bahagian about. Nak tahu lebih lanjut lagi boleh email pada saya. Saya harap anda bergembira melayari blog ini.

Satu lagi saya akan meletakkan beberapa template untuk anda.

Sekian.

Dua Cannibals


Di dalam sebuah hutan, hiduplah sebuah puak cannibals. Semasa makanan mereka sedang kehabisan, maka ketua puak itu membuat pemilihan siapa yang bakal keluar mencari makanan. Maka terpilihlah seorang bapa dan anaknya untuk pergi memburu.
Maka keluarlah si anak dan bapa pergi memburu. Setibanya di jalan yang dilalui manusia mereka menunggu mangsa dengan sabar. Kemudian berlalulah seorang warga tua yang kurus. 

Maka berkatalah si anak "Bapak, itu mansa kita". "Tidak" kata bapanya. "Dia terlalu kurus. Tidak cukup buat semua orang."

Beberapa lama masa berlalu maka terlintas pula seorang lelaki gemuk. Maka berkata anak "Yang ini pasti cukup untuk kita makan bapak." Maka jawab bapanya "Tidak nak, yang itu akan membuatkan kita mendapat sakit jantung."

Selang beberapa ketika lalu pula seorang gadis cantik menawan. "Bapak yang ini sesuai menjadi hidangan kita."
Kata si anak. 

"Tidak, kita takkan makan dia." Jawab bapanya.

"Tapi kenapa bapak?"

"Sebab kita akan tangkap dia bawa balik dan kita makan ibu kamu."

0 comments:

Comments with facebook.