Kejadian berlaku di jalan Simpang Pulai menuju Cameron Hoighland. Seorang lelaki memandu sedang memandu di waktu malam. Sambil mendengar radio dengan riangnya bersama kawan-kawan lelaki beliau dalam lingkungan 20an. Mereka semua telah lama merancang untuk bercuti dan bergembira di sana.
Jam menunjukkan pukul 11 malam. Hari itu adalah hari jumaat. Tapi kumpulan lelaki itu tidak ambil kisah pon. Almaklumlah mereka baru menjejaki alam remaja. Kelajuan kereta tu paham-paham sajelah.
Sesampai di pertengahan jalan, selekoh menanti meraka di hadapan. Tanpa menghiraukannya mereka tidak memperlahankan kenderaan dan memandu secara berbahaya. Kebetulan ada sebuah kereta dari arah bertentangan muncul.
Semasa berselisih pemandu di dalam kereta berkenaan merupakan seorang gadis bertudung. Dengan tiba-tiba gadis tersebut menjerit "BABI".
Dengan panas hatinya lelaki yang memandu tadi membalas "HARAM JAD*H PUNYA BETINA". Kawan sebelahnye pula berkata padanya. "Ceh, harap muka lawa pakai tudung tapi bahasa cam Hampeh. 2 la gadis melayu sekarang."
Berita keesokan paginya "Sekumpulan remaja cedera parah akibat berlanggar dengan segerombolan babi di kilometer sekian Jalan Simpang Pulai menuju Cameron Highland."
P/S: Itulah berfikiraan negatif lagi. Gadis bertudung 2 ingatkan mereka yang selepas selekoh 2 ada babi.

0 comments:
Post a Comment
Comments with facebook.