wibiya widget

Total Pageviews

Selamat datang ke starplateena.blogspot.com

Ini adalah sebuah blog kepunyaan plateena711@gmail.com. Blog ini dibangunkan dengan tujuan mempromosikan hasil kerja saya sebagai web developer dan web designer. Bagaimanapun di dalam blog ini juga diselitkan dengan post yang bukan berkenaan web developement contohnya jenaka dan movie. Blog ini masih lagi baru setahun gajah. Dibangunkan pada akhir Disember 2011.

Pengelola blog ini mahu membuat kerja freelance sebagai web developer. Kalau nak mintak design blogspot atau wordpress pon boleh. Nak tahu lebih lanjut boleh lihat di bahagian about. Nak tahu lebih lanjut lagi boleh email pada saya. Saya harap anda bergembira melayari blog ini.

Satu lagi saya akan meletakkan beberapa template untuk anda.

Sekian.

Kalau dah Gila


Seorang dokor sakit jiwa sedang melawat pesakitnya pada satu pagi.


Dia nampak Abu (bukan nama sebenar) sedang duduk di lantai dan membuat aksi sedang memotong kayu. Manakala seorang lagi bernama Salim (juga bukan nama sebenar) tergantung di syiling dengan kakinya di atas.


Maka bertanyalah si doktor ini kepada Abu apa yang sedang dilakukannya.


Abu menjawab "Tak nampak ke saya tengah gergaji kayu."

Kemudian doktor bertanya kepada Abu apa yang Salim sedang lakukan.


Abu menjawab "Oh dia kawan saya, tapi dia gila. Dia sangka dia adalah mentol."

Doktor pon mendongak melihat Salim dan perasan yang mukanya merah sebab tergantung terlalu lama.

Doktor menyuruh Abu : "Jika dia kawan awak, awak patut suruh dia turun sebelum dia menyakiti dirinya."

Abu menjawa : "Apa? Doktor nak suruh saya buat kerja dalam gelap?"

0 comments:

Comments with facebook.